SUARAKAN YANG HAQ UNTUK MENEGAKKAN YANG HAQ! KERANA YANG ADA HANYALAH YANG HAQ SEMATA ....

August 30, 2015

Kisah tidurnya Syaikh Al-Albani..

Abdul Lateef, anak kepada Syaikh al-Albani rahimahullah menyebutkan bahwa bapanya;
"...pernah berkata dalam tidurnya, "Ambilkanku kitab bertajuk 'Al-Ilal. Ambikkanku kitab ini dan itu.. Ambikkan kitab berjudul 'Al-Jarh wat-Ta'deel. Dan pernah sedang ia tidur, dia berkata sambil mengerakkan tangannya seperti orang yang sedang menulis," Bawakanku kitab Sunan Abu Daud dan masalah itu akan terurai." 
Suatu ketika dia berkata kepada saya, manakala dia sedang tidur, "Bawa jilid pertama buku Al-Targheeb dan Tarheeb'. Lalu aku pun membawanya. Kemudian beliau berkata, "Buka," dan aku pun lakukan. Beliau berkata, "Lihatlah satu, dua, tiga hadith' adakah ini lebih kurang sama panjangnya? Lalu aku menjawab, "Tidak, ada satu antara tiga hadith yang panjang." Dia pun bertanya, "Siapa yang meriwayatkan kannya?" Aku menjawab, 'Fulan." Lalu beliau berkata, "Cukuplah, kembalikan buku itu." 
 MasyaAllah ...Semua ini terjadi sedang beliau tidur!" 
Sesungguhnya jiwanya tidak tidur ..
Sumber:

No comments:

Post a Comment