SUARAKAN YANG HAQ UNTUK MENEGAKKAN YANG HAQ! KERANA YANG ADA HANYALAH YANG HAQ SEMATA ....

September 4, 2013

Keutamaan Sujud

Bersabda baginda shallallahu alaihi wasallam, "Tidak seorang pun dari umatku, kecuali saya mengetahuinya pada Hari Kiamat."
Para sahabat bertanya, " Bagaimana anda dapat mengenali mereka, wahai Rasulullah, diantara banyak makhluk?"
Baginda menjawab, "Bagaimana pendapatmu sekiranya engkau masuk kedalam kerumunan kuda. [Lihat Ensiklopedia sifat solat Nabi oleh Shaikh al-Albani]

Di dalam kerumunan tersebut terdapat sejumlah kuda yang kulitnya hitam legam dan juga kuda yang berwajah putih dengan tungkai yang juga berwarna putih, apakah engkau akan mengenalinya?"

Sahabat tersebut mengatakan, "Benar." Baginda bersabda, "Sesungguhnya umatku pada hari itu akan berwajah putih bersih disebabkan sujud, dan kaki mereka berwarna putih kerana wudhu.
[HR. Imam Ahmad (15/189), di shahihkan oleh Shaikh al-Albani]

Kesemua itu disebabkan seorang Mukmin pada hari Kiamat akan dikenakan pakaian dari cahaya sebagai tanda-tanda sujud dan wudhu. Sesiapa yang semakin banyak bersujud atau berwudhu di dunia maka wajahnya akan semakin bersinar dan cemerlang daripada selainnya.

Baginda shallallahu alaihi wasallam bersabda; " Apabila Allah berkehendak menurunkan rahmat-Nya bagi penghuni Neraka yang dikehendaki-Nya, Allah akan memerintahkan para MalaikatNya untuk mengeluarkan siapa sahaja yang menyembah Allah. Lalu, mereka pen mengeluarkan orang-orang tersebut, dan para malaikat mengenali mereka dengan tanda-tanda sujud. Maka mereka pun keluar dari api Neraka. Dan setiap Bani Adam akan dimakan oleh api Neraka kecuali bekas-bekas sujud. "

An-Nawawi berkata, "Zahir hadith menunjukkan bahwa api Neraka tidak akan memakan keseluruhan dari tujuh anggota sujud yang seseorang bersujud dengannya."  Lihat As-Sahihah (3054) Shaikh al-Albani. Rujukan sifat solat Nabi oleh Shaikh al-Albani.
Wallahu a'alam.

No comments:

Post a Comment