SUARAKAN YANG HAQ UNTUK MENEGAKKAN YANG HAQ! KERANA YANG ADA HANYALAH YANG HAQ SEMATA ....

September 9, 2013

Mereka yang mencela Ummul Mukminin, 'Aisyah, seperti mencela Nabi juga.

"Wanita-wanita yang tidak baik adalah untuk laki-laki yang tidak baik, dan laki-laki yang tidak baik adalah untuk wanita-wanita yang tidak baik (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik untuk wanita-wanita yang baik (pula). Mereka (yang dituduh) itu bersih dari apa yang dituduh oleh mereka (yang menuduh). Bagi mereka ampunan dan rezki yang mulia (yaitu Jannah)."
[QS. An-Nuur; 24:26]

Dalam tafsir Ibnu Katsir, Abdullah bin Abbas radiyallahanhu mengatakan ayat ini turun berkenaan dengan 'Aisyah radiyallahanha dan ahlul ifki. Ayat ini membersihkan beliau dari tuduhan keji orang orang munafik dan tuduhan keji itu sebenarnya lebih pantas ditujukan kepada mereka.

Tidaklah Allah Ta'ala menjadikan 'Aisyah sebagai isteri Rasulullah shallallahu alaihi wasallam, melainkan ia adalah seorang wanita yang baik, kerana Rasulullah shallallahu alaihi wasallam adalah manusia yang paling baik. Sekiranya 'Aisyah tidak baik, tentu secara syar'i dan kauni tidak pantas bagi beliau. Ayat ini berupa janji bahwa isteri-isteri Rasullullah shallallahu alaihi wasallam berada didalam Jannah. [Tafsir Ibnu Katsir {24:26}]

Maka, mereka yang menghina, mencaci dan mengkeji 'Aisyah, sebenarnya mereka menghina Nabi Muhammad shallallahu alaihi wasallam kerana jika 'Aisyah wanita keji sebagaimana dakwaan mereka bererti Nabi lelaki yang tidak baik, kerana telah Allah menjodohkan mereka.

Sebab wanita-wanita yang tidak baik untuk laki-laki yang tidak baik. Dari itu, ayat ini  menempelakkan kaum yang suka mencaci-maki Ummu mukminin, 'Aisyah, tetapi pada masa yang sama mereka mengklaim cinta pada Nabi, padahal sebaliknya mereka benci pada beliau tetapi kebencian itu di selindungkan.
Semoga kita dijauhi dari penghianat-pengkhianat dan musuh Islam yang bersembunyi.
Allahul Musta'an.

No comments:

Post a Comment