SUARAKAN YANG HAQ UNTUK MENEGAKKAN YANG HAQ! KERANA YANG ADA HANYALAH YANG HAQ SEMATA ....

April 20, 2015

Puasa Rejab?

Syaikul Islam Ibnu Taimiyah dalam Majmu Fatawa berkata;
'Adapun puasa bulan Rejab secara khusus disandarkan kepada hadith-hadith yang kesemuanya dhaif (lemah) bahkan maudhu' (palsu) yang tidak dijadikan sebagai hujah oleh ahli ilmu dan bukan pula termasuk hadith dhaif yang dikategorikan dalam amalan-amalan mulia tetapi hadith-hadith dhaif yang masuk dalam kategori hadith DUSTA.'  (Dinukil dari; al-Bidab al-Hauliyyah oleh Abdullah bin Abdul Aziz al-Tuwaijiri~edisi terjemahan Ritual Bid'ah Dalam Setahun, Darul Falah).

Ibnu Rajab dalam al-Mughni berkata:
'Mengenai keutamaan puasa khusus pada bulan Rajab, tidak ada satu pun hadith shahih yang diriwayatkan daripada Nabi shallallahu alaihi wa sallam mahupun para sahabat. (Dinukil dari al-Bidab al-Hauliyyah, 245)

Sayyid Sabiq rahimahullah pula berkata;
'Mengenai puasa pada bulan Rajab, tiada kelebihan yang menonjol baginya berbanding bulan-bulan lain melainkan ia termasuk bulan-bulan suci. Dan tidak diterima dari sunnah keterangan yang sah bahwa berpuasa pada bulan itu mempunyai keistimewaan khusus. Ada juga diterima riwayat (tentang keutamaan berpuasa bulan Rajab), tetapi tidak dipertanggung-jawabkan sebagai hujah. ' (Fikih Sunnah, Sayyid Sabiq, Victory agencie, KUL. Jilid3, 205).

Dari itu tidak boleh mengkhususkan bulan Rajab dengan amalan-amalan khusus, sebab tidak ada hadith shahih yang mendukungnya.
Allahul mustaan..

No comments:

Post a Comment