SUARAKAN YANG HAQ UNTUK MENEGAKKAN YANG HAQ! KERANA YANG ADA HANYALAH YANG HAQ SEMATA ....

December 2, 2015

Dua tempat yang tidak boleh dicela.

Waspadalah orang-orang yang mencela ulama ulama di Masjidil Haram dan di Masjid Nabawi, janganlah lidahmu lancang, sebab Nabi shallallahu alaihi wa sallam telah mendo'akan keberkahan di Madinah dan di Makkah sebagaimana sabda beliau yang diriwayatkan dari Anas bin Malik radiyallahuanhu;

"Ya Allah, limpahkanlah keberkahan di Madinah dua kali lebih banyak daripada Engkau limpahkan di Makkah."  [3997]
Silsilah Hadith Shahih no.3379 oleh Syaikh Al-Albani.

Dari 'Abdullah bin Zaid radiyallahuanhu, dari Nabi shallallahu alaihi wa sallam beliau bersabda;
"Ibrahim telah menjadikan Makkah sebagai tanah suci dan mendoa'kan kebaikan untuknya. Maka aku menjadikan Madinah sebagai tanah suci sebagaimana Ibrahim menjadikan Makkah sebagai tanah suci, serta mendo'akan kebaikan pada timbangan mud dan sha'-nya sebagaimana Ibrahim mendo'akan kebaikan untuk Makkah."  [3501]
Silsilah Hadith Shahih no. 3402, oleh Syaikh Al-Albani.

Kedua-dua tempat ini telah dido'akan keberkahannya oleh Nabi-nabi. Malangnya sa'at ini heboh di internet pengguna FB yang mencemuh ulama-ulama ditanah suci ini sebagai 'Wahabi' yang sesat dan kafir!  Nauzubillah... Semoga Allah Subhanahu wa Ta'ala memberi petunjuk kepada kita semua kejalan yang benar dan jalan yang lurus. Allahul mustaan.

No comments:

Post a Comment