SUARAKAN YANG HAQ UNTUK MENEGAKKAN YANG HAQ! KERANA YANG ADA HANYALAH YANG HAQ SEMATA ....

April 10, 2013

Amal harus memenuhi dua sharat, untuk diterima....

"Dan Kami hadapi segala amal yang mereka kerjakan, lalu Kami jadikan amal itu (bagaikan) debu yang bertebangan."   QS Al-Furqaan [25] :23

Ibnu Katsir bila mentafsirkan ayat ini, berkata adalah berkenaan kejadian pada hari Kiamat, di mana Allah menghisab hamba-hamba-Nya atas dasar apa yang mereka amalkan berupa kebaikan dan keburukan. Lalu Dia mengabarkan bahwa tidak ada hasil yang akan diraih oleh mereka kaum musyrikin, dari amal-amal yang mereka sangka dapat menyelamatkan. Hal itu disebabkan hilangnya sharat Syari'i, baik keikhlasan dalam beramal atau mengikuti syariat Allah.

**Kerana amal perbuatan yang diterima itu harus memenuhi DUA sharat, iaitu harus didasarkan pada ketulusan kerana Allah Ta'ala semata, dan sharat kedua, harus benar dan sejalan dengan syariat Allah. Jika suatu amalan sudah didasarkan pada keikhlasan hanya kerana Allah, tetapi tidak benar dan tidak sesuai dengan syariat, maka amalam tersebut tidak diterima. Oleh kerana itu Rasullullah shallallahu alaihiwassalam bersabda;

'Barangsiapa mengerjakan suatu amal yang tidak sejalan dengan perintah kami, maka amal itu tertolak.'  (HR. Imam Muslim dari hadits 'Aisyah ra)

Dengan demikian, perbuatan para pendeta ahli ibadah dan semisalnya, meskipun mereka tulus ikhlas dalam mengerjakannya kerana Allah, namun perbuatan mereka itu tidak akan diterima hingga mereka mengikuti ajaran Rasulullah shallallahu alaihiwassalam.
** Lihat tafsir Ibnu Katsir surah Al-Baqarah ayat 112, Jilid 1.

No comments:

Post a Comment