SUARAKAN YANG HAQ UNTUK MENEGAKKAN YANG HAQ! KERANA YANG ADA HANYALAH YANG HAQ SEMATA ....

April 21, 2013

Makna Zuhud disisi Salaf

Manusia hanya membicarakan tentang "zuhud" dan semuanya mengisyaratkan kepada perasaannya, menceritakan tentang keadaan dan penyaksiannya, maka kebanyakkan ibarat-ibarat kaum itulah ialah tentang perasaan-perasaan dan keadaan-keadaan mereka, dan perkataan dengan lisan ilmu; lebih luas daripada perkataan dengan lisan perasaan, serta lebih kepada hujah dan dalil.

Syaikh Islam Ibnu Taimiyyah berkata: "Zuhud meninggalkan apa yang tidak berfaedah pada akhirat, dan warak: meninggalkan apa yang ditakuti mudharatnya di akhirat."

Sufyan At-Tsauri berkata: "Zuhud pada dunia pendek angan-angan, bukan dengan makanan yang kesat dan pakaian yang kasar, compang-camping."

Al-Junaid berkata, zuhud tidak bergembira dari dunia dengan wajahnya, dan tidak menyesal atas kehilangan daripadanya. Kekosongan hati dari apa yang tidak ada di tangan. Memandang kecil dunia dan menghapuskan kesan-kesannya dari hati, iaitu kekosongan tangan dari memiliki dan hati dari mencari.

Yahya bin Mu'az berkata: "Zuhud mewariskan kedermawaan dengan milik, dan kecintaan mewariskan kedermawaan dengan ruh." Iaitu harta tidak membuatnya lebih kikir, tetapi dengan harta yang lebih banyak ,dia berinfaq, jadi lebih dermawan. "Seseorang tidak mencapai hakikat zuhud sehingga ada padanya tiga perkara; amal tanpa hubungan, perkataan tanpa ketamakan, dan kemuliaan tanpa kepimpinan."

Ibnu Al-Jala'  berkata: "Zuhud ialah memandang kepada dunia dengan pandangan kehilangan lalu ia kecil pada pandanganmu, maka mudah atasmu berpaling daripadanya." Iaitu berpaling dari dunia tanpa kepura-puraan."

Imam Ahmad berkata: "Zuhud pada dunia itu memendekkan angan angan. Tidak bergembira dengan kedatangannya, dan tidak bersedih atas kepergiannya."  Apabila beliau ditanya tentang lelaki yang mempunyai seribu dirham, adakah dia zuhud? Lalu jawabnya: " Ya, dengan syarat tidak bergembira apabila ia bertambah dan tidak bersedih apabila ia berkurang."
Dia mengatakan zuhud itu ada 3 tingkatan;
1. Zuhud orang awam iaitu meninggalkan yang haram.
2. Zuhud orang khas iaitu meninggalkan kelebihan dari yang halal. (Berlebih lebih)
3. Zuhud orang al-'arifin iaitu meninggalkan apa yang melalaikan dari Allah.

Abu Sulaiman Ad-Darani berkata: "Zuhud ialah meninggalkan apa saja yang dapat melalaikan daripada mengingati Allah" ..

Zuhud bukan bermaksud kita tidak boleh bekerja meraihkan gaji besar, tidak boleh berpakaian yang bagus dan memakan makanan yang baik baik, tetapi kenikmatan yang didapati tidak melalaikan hati dari mengingati Allah dan hati tidak tergantung pada dunia. Diri tidak disibukkan oleh harta yang kita miliki, sebaliknya berinfaq sebagian dari hartanya, lebih kaya lebih dermawaan.
Wallahu a'alam

Disaring dari kitab Madarij As-Salikin jilid 1, oleh Ibnu Qayyim

No comments:

Post a Comment