SUARAKAN YANG HAQ UNTUK MENEGAKKAN YANG HAQ! KERANA YANG ADA HANYALAH YANG HAQ SEMATA ....

August 8, 2013

Akibat Maksiat

Maksiat membahayakan manusia didunia dan akhirat. Hanya Allah Ta'ala yang mengetahui akibat dan pengaruhnya. Walaupun begitu, dampak maksiat akan dapat dirasakan oleh pelakunya.

1.  Maksiat Menghalangi Ilmu.
Ilmu adalah sinar cahaya pada hati. Imam Malik sangat kagum dengan kecerdasan Imam Shafi'i dan berkata, " Aku melihat Allah telah meletakkan sinar dalam hatimu. Jangan padamkan sinar itu dengan kegelapan maksiat."  Sementara Waki' gurunya imam Shafi'i pernah berkata, "Ketahui lah ilmu itu anugerah dan anugerah Allah tidak diberikan kepada pelaku maksiat."

2.  Maksiat Menghalangi  Rezki.
Dalam Musnad dikatakan, "Seorang hamba tidak mendapatkan rezki kerana dosa yang ia kerjakan. "

3.  Maksiat Mengundang Kerisauan dan Kesepian dalam Hati.
Maksiat menjauhkan seseorang dari seimbangan dan keterkaitan dengan Allah Subhanahu wa Ta'ala. Kenikmatan-kenikmatan dunia dan seisinya tak mampu mengimbangi keresahan seorang manusia. Dosa maksiat akan menghalangi seseorang merasakan kemanisan iman.

4.  Maksiat Mendatangkan Kesulitan.
Orang yang tidak bertakwah akan mendapatkan kesukaran dalam setiap urusan. Sulit dapat jalan keluar.

5.  Maksiat Menimbulkan Kegelapan dalam Hati.
Kegelapan dalam hati akan dirasakan oleh seseorang seperti gelapnya malam. Bila ia diberi petunjuk, kegelapan maksiat masuk menutupi hatinya, seperti kegelapan perasaan menutupi penglihatannya. Keta'atan ibarat cahaya. Setiap kali kegelapan menguat, makin bingung lah ia hingga jatuh kedalam bid'ah, kesesatan, dan hal hal yang membinasakan dimana ia sendiri tidak merasakannya.

6.  Maksiat Melemahkan Hati dan Badan
Bayangkan kekuatan fisik orang-orang Persia dan Romawi dapat mengelabui mereka, namun mereka dihancurkan oleh orang-orang yang beriman dengan kekuatan hati.

7.  Maksiat Mengurangi Umur dan Mengikis Berkah.

8.  Maksiat Melemahkan Hati untuk Berbuat Kebajikan.

9.  Terkumpulnya Maksiat.
Apabila sudah sering berbuat maksiat hingga hati tidak terasa, maka maksiat itu jadi kebiasaan baginya. Maksiat yang satu mengundang maksiat yang lain, sehingga bertumpuk-tumpuk.

10. Kemaksiatan Merusak Akal.
Akal adalah cahaya dan kemaksiatan mematikan sinar tersebut. Seorang salaf berkata, "Tiada seorang pun yang melanggar perintah Allah kecuali akalnya berkurang."

11. Bila Telah Menumpuk, Dosa Akan Tercap pada Hati Pelakunya.

12. Maksiat Menghilangkan Malu.
Banyak pelaku maksiat sekarang ini bermaksiat terangan terangan kerana hilang rasa malu.

13. Kemaksiatan Membuat Lupa pada Allah Subhanahu Wata'ala

14. Maksiat Menghalau Sikap Ihsan dari pelakunya.

15. Maksiat Melemahkan Aktiviti Pengangunan Allah dalam Hati.

16. Maksiat mewariskan kehinaan....
Dan seterusnya...diringkaskan dari Terapi Penyakit Hati oleh Ibnu Qayyim ..

1 comment:

  1. Mohon penjelasan bagaimana maksiat dapat melemahkan aktivitas pengagungan Allah dalam hati?
    Mamppir ya di quantumfiqih.blogspot.com atau sby-corporation.blogspot.com atau brillyelrasheed.blogspot.com

    ReplyDelete