SUARAKAN YANG HAQ UNTUK MENEGAKKAN YANG HAQ! KERANA YANG ADA HANYALAH YANG HAQ SEMATA ....

August 20, 2013

Tiga Golongan Manusia di-Akhir Ramadhan


1). Mereka yang sedar akan fadhilat keberkahan sepuluh malam terakhir Ramadhan dan bersungguh-sungguh berusaha mencari malam Lailatul Qadr. Dan kita dapat lihat golongan inilah yang berpegang teguh pada shariat Allah Azzawajalla, setiap masa dan saat digunakan untuk bertaqarrub pada Allah dan tidak membuang masa pada perkara-perkara yang tidak bermanfaat baginya. Dia akan menyibukkan dirinya setiap waktu dengan ibadah ibadah seperti yang dipraktikkan oleh para salafussoleh dahulunya. Ruhani dan jasmaninya akan sentiasa segar, mengembang, menerima semua kebaikkan. Malam-malam itu di lalui penuh dengan bersemangat dan beraktiviti yang dapat mendekatkannya kepada Rabbnya.

2). Mereka yang tahu dan sedar akan keberkahan didalam sepuluh malam terakhir Ramadhan. Tetapi di belenggu oleh perasaan malas, tidak ber-entusiastik, lemah badannya. Dia memerlukan hidayah dari Allah, seterusnya berusaha mendapatkan seorang teman, atau saudara yang boleh membimbingnya menuju keta'atan terhadap Rabbnya. Sebab shaitan dan malaikat sama-sama membisikkan ditelinganya, sehingga jika jiwanya lemah akan terjatuh kejurang kelalaian dan maksiat. Tetapi jika dia mempunyai pendorong atau sokongan dari orang yang terdekat, mungkin dia dapat menghidupkan malam malam yang berakah itu bersama golongan yang pertama tadi. Allah berfirman;
"Demi masa. Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal salih dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran. [QS. Al-Ashr; 1-3]
Orang sebegini lah diperlukan membimbing mereka yang lemah di belenggu oleh kemalasan dan keletehannya.

3). Golongan ketiga, adalah mereka yang tidak memperdulikan sama sekali , sepuluh malam terakhir itu berlalu atau tidak. Golongan inilah yang dikatakan tidak mendapat petunjuk dan tidak mendapat kebaikan langsung. Inilah golongan yang rugi, setelah perginya Ramadhan. Ini disebabkan mereka sudah diberi peluang kesehatan, masa, umur, tetapi mereka melepaskannya, melalaikannya tidak mengambil prihatian, tidak merebut masa keemasaan. Mereka lah orang-orang yang merugi selepas Ramadhan. Ibarat seorang yang sudah diberi pekerjaan, disuruh membuat sesuatu bersama mereka yang berkerja, disuruh berlumba-lumba meraih hasil pekerjaannya, tetapi dia berkata, "Besok akan ku buat kerja itu" dan dia pun tidur... Tidur tidak mengambil peluang yang sudah diberikan padanya.

Sementara yang lainnya sibuk bertungkus lumus mendapatkan keberuntungan yang dijanjikan pada malam barakah itu, golongan ketiga ini tertinggal, yang mana kerugiannya tidak mungkin dapat diganti lagi sebab masa sudah berlalu meninggalkannya jauh kebelakang. Sungguh rugi lah orang-orang yang bertemu Ramadhan tetapi tidak mendapat keberuntungan, keberkahan bulan suci ini.

No comments:

Post a Comment