SUARAKAN YANG HAQ UNTUK MENEGAKKAN YANG HAQ! KERANA YANG ADA HANYALAH YANG HAQ SEMATA ....

August 8, 2013

Elakkan kemungkaran dalam ber-Eidul Fitri


Kita berharap agar ibadah kita di bulan Ramadhan diterima dan keluar Ramadhan dalam keadaan terampun dosa dan penuh dengan karunia serta rahmat ilahi. Semoga hari hari yang mendatang akan membawa kita menuju kehidupan yang lebih mulia dan meninggalkan beberapa kemungkaran adat adat yang memberatkan yang terjadi pada hari raya Eidul Fitri.
Di antara kemungkaran dalam hari raya adalah terjadinya ikhtilat (campur baur antara laki-laki dan wanita), bersalam-salaman dengan yang bukan mahram, tabarruj, terutama kaum wanita dengan beragam jenis model baju dan tudung, malahan hari Id seperti hari tunjuk fesen, membuka aurat.
Mendengarkan musik, menonton TV yang beraneka acara dan ragam.
Berlebih-lebihan dalam melakukan hal yang tidak ada faedahnya dan semacamnya .. 
Pengkhususan ziarah kubur di hari Id yang tidak di shariatkan bahkan ini menyelisihi apa yang disyariatkan dalam hari raya berupa kebahagian dan kegembiraan.
Pengkhususan malam Id untuk melakukan ritual ibadah tertentu dalam rangka menghidupkan malam eid.
Menziarahi sanak saudara sambil bermaaf-maafan, yang demikian itu tidak pernah dilakukan oleh Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wa Sallam dan para shahabatnya.
Silaturrahmi mengkhususkan menziarahi dan berkeyakinan hari raya itu selama bulan shawal belum berakhir.
Wallahu a'alam...

No comments:

Post a Comment