SUARAKAN YANG HAQ UNTUK MENEGAKKAN YANG HAQ! KERANA YANG ADA HANYALAH YANG HAQ SEMATA ....

August 11, 2013

Dosa yang Dilaknat Rasulullah

Dosa-dosa masuk pada diri seseorang dibawah laknat Rasulullah shallallahu alaihi wasallam dan beliau melaknat maksiat dan perbuatan lain yang lebih besar seperti :-

#  Beliau melaknat wanita yang menato dan yang diminta menato, yang menyambung rambutnya    dan yang diminta disambung, yang mencabut alis, meratakan gigi, dan yang diminta meratakan giginya.

#  Beliau melaknat yang meminum minuman keras, yang menghidangkannya, yang membuat dan yang diminta dibuatkan, yang menjual, membeli, yang ikut makan dari hasil penjualannya dan yang membawanya.

#  Beliau melaknat pencuri.

#  Beliau melaknat anak yang mengutuk orang tuanya.

#  Beliau melaknat lelaki yang meniru wanita  dan wanita yang menyerupai laki-laki.

#  Beliau melaknat orang yang menyembelih binatang kerana selain Allah.

#  Beliau melaknat para pelukis (penggambar) (makhluk hidup).

#  Beliau melaknat laki-laki (homoseksual) seperti kaum Luth.

#  Beliau melaknat anak-anak yang mencaci ibu bapanya.

#  Beliau melaknati orang yang menyesatkan orang buta, dan seterusnya.

Ada begitu banyak perbuatan maksiat yang dilaknat oleh Nabi shallallahu alaihi wasallam, dan hal-hal lain yang juga terlaknat adalah :

Siapa yang menodongkan saudaranya dengan senjata besi maka malaikat melaknat nya.

Allah dalam Kitab-Nya melaknat orang yang membuat kerusakan dibumi dan orang yang memutuskan tali silaturahim.

Allah melaknat orang yang menyimpan keterangan dan petunjuk yang Dia turunkan.

Allah melaknat orang-orang yang menuduh wanita beriman yang baik-baik dengan tuduhan kotor

Rasulullah melaknat laki-laki yang memakai pakaian perempuan dan perempuan memakai pakaian lelaki. 


Masih banyak lagi hadith lain yang berisi laknat terhadap perbuatan manusia yang melanggar hukum-hukum Allah.....
Semoga kita dijauhkan daripada tergolong dalam golongan orang-orang yang terlaknat....na'uzubillah
Allahu Musta'an...
Dari Terapi Penyakit Hati Ibnul Qayyim .

No comments:

Post a Comment