SUARAKAN YANG HAQ UNTUK MENEGAKKAN YANG HAQ! KERANA YANG ADA HANYALAH YANG HAQ SEMATA ....

August 11, 2013

Jenis jenis munafik ...

Oleh Ibnu Qayyim Al-Jauziyyah

Munafik adalah penyakit batin kronik, yang menimpa seseorang tanpa disedari, maka sesungguhnya ia adalah perkara tersembunyi keatas manusia, atas orang yang terlibat dengannya, lalu menyangka bahwa dia mengadakan perbaikan sedangkan dia sebenarnya membuat kerosakkan.

Ia ada dua jenis: "Lebih besar dan lebih kecil."

Yang lebih besar: "Mewajibkan kekal dalam Neraka pada tempat yang paling bawah."
Iaitu menzahirkan keimanannya dengan Allah, MalaikatNya, Kitab-KitabNya, Rasul-RasulNya dan hari akhirat kepada kaum Muslimin, sedangkan dalam batinnya terlepas dari semua itu dan mendustakannya, dia tidak mempercayai bahwa Allah berkata-kata dengan perkataan yang diturunkan kepada manusia yang dijadikan sebagai Rasul kepada mereka, memberi petunjuk  dengan izinNya, memberi peringatan akan seksaan dan hukumanNya.

Allah Ta'ala telah menyingkap tirai-tirai orang munafik dan mendedahkan rahsia-rahsia mereka dalam Al-Quran, Dia menjelaskan pada hamba-hambaNya akan urusan dan keadaan mereka agar mereka tidak tergolong daripadanya dan berwaspada dari ahlinya. Dalam surah al-Baqarah Dia menyebutkan empat ayat pada orang-orang yang beriman, dua ayat pada orang-orang kafir, dan tiga belas ayat pada orang-orang MUNAFIK, kerana ramainya mereka dan keumuman bala bencana dengannya, serta fitnah mereka yang kuat atas Islam dan ahlinya, maka sesungguhnya bala bencana yang menimpa Islam dengan mereka sangat kuat, kerana mereka dinisbatkan kepadanya, dan kepada pertolongan dan pembelaannya, sedangkan mereka pada hakikatnya adalah musuh-musuhnya, mereka mengeluarkan permusuhannya pada setiap bentuk yang disangka orang jahil bahawa ia adalah ilmu dan perbaikan, sedangkan ia adalah kejahilan dan kerosakkan yang amat dahshat.

Demi Allah! Berapa banyak benteng Islam yang telah diruntuhkan dan dibinasakannya?  Berapa banyak panji panjinya yang telah dihapuskannya? Berapa banyak bendera yang terangkat tinggi telah diletakkannya? Berapa banyak usul usul yang telah dirosakkannya?

Maka Islam dan umatnya sentiasa berada dalam ujian dan bala' mereka, ia sentiasa menyerangnya dengan kesyubuhan-kesyubuhannya mereka, dan mendakwa bahwa dengan yang demikian mereka mengadakan perbaikan:

"Ketahuilah! Bahwa sesungguhnya mereka itulah orang-orang yang sebenar-benarnya membuat bencana dan kerosakkan, tetapi mereka tidak menyedarinya."
[ Al-Baqarah: 12 ]

"Mereka sentiasa berusaha hendak memadamkan cahaya Allah (agama Islam) dengan mulut mereka, sedang Allah tetap menyempurnakan cahayaNya, sekalipun orang-orang kafir tidak suka (akan yang demikian).
[ As-Saff : 8]

Mereka bersepakat meninggalkan wahyu dan meninggalkan mengambil petunjuk dengannya:
"Kemudian umat Rasul-rasul itu berpecah-belah dalam urusan agama mereka kepada beberapa pecahan, tiap-tiap golongan bergembira dengan apa yang ada pada mereka."
[Al-Mukminun: 53]

"Setengahnya membisikkan kepada setengahnya yang lain kata-kata dusta  yang indah-indah susunannya untuk memperdaya pendengarnya."
[Al-An'am : 112]

Oleh itu:
"Mereka menjadikan Al-Quran ini satu perlembangaan yang ditinggalkan, tidak dipakai."
[Al-Furqan :30]

Petikan dari Madarij As-Salikin (Tangga-tangga orang yang berjalan menuju kepada Allah)
Jilid 1 bagian 48 hal 434 penerbitan Berlian Publications sdn bhd. Selangor, Malaysia cetakan pertama 2008.

No comments:

Post a Comment