SUARAKAN YANG HAQ UNTUK MENEGAKKAN YANG HAQ! KERANA YANG ADA HANYALAH YANG HAQ SEMATA ....

December 24, 2013

Fondasi Ahlus Sunnah (bag. 2)

5.  Meninggalkan permusuhan dan berduduk-duduk dengan Ahlil Ahwa' (pengekor hawa nafsu)
"Dan sungguh Allah telah menurunkan kepada kamu didalam al-Quran bahwa apabila kamu mendengar ayat-ayat Allah di ingkari dan diperolok-olokkan (oleh orang-orang kafir), maka janganlah kamu duduk beserta mereka, sehingga mereka memasuki pembicaraan yang lain. Kerana sesungguhnya (kalau kamu berbuat demikian), tentulah kamu serupa dengan mereka."  [QS. An-Nisaa': 140]
Syaikh Rasyid Ridha dalam Al-Manaar berkata," Termasuk dalam ayat ini setiap orang yang membuat perkara baru dalam urusan agama ini dan setiap mubtadi' (pelaku bid'ah)."

Ibnu Abbas radiyallahanhu berkata, "Janganlah kamu duduk-duduk bersama pengekor hawa nafsu dan bid'ah kerana hal itu akan menjadikan hatimu sakit." [Asy-Syarii'ah (55) dikeluarkan oleh Ibnu Baththah, isnad Shahih].
Ibnu al-Jauzi berkata; "Sungguh aku bertetangga dengan monyet-monyet dan babi-babi lebih aku sukai daripada aku bertentangga dengan seseorang dari mereka (Ahli Ahwa).
[Al-Laalikaa'i:231 dengan sanad la ba'sa bihi].
Al-Fudhail bin Iyadh berkata; "Janganlah kamu duduk bersama ahli bid'ah kerana sesungguhnya aku takut kamu ditimpa laknat."

Pernah ada dua orang pengekor hawa nafsu dan bid'ah masuk kedalam majlis Muhammad bin Sirin, maka keduanya berkata, " Wahai Abu Bakar, maukah kami bacakan kepadamu sebuah hadith?" Jawabnya," Tidak". Maka keduanya berkata lagi, "Jika begitu kami bacakan sebuah ayat dari kitab Allah." Ia jawab, "Tidak, pergi lah kamu dariku atau aku yang pergi." Maka keduanya keluar. Kemudian sebagian orang bertanya kepadanya, "Wahai Abu Bakar, kenapa anda enggan mendengarkan sebuah ayat dari Kitabullah?" Jawabnya, "Sesungguhnya aku takut  ia bacakan kepadaku sebuah ayat lalu ia menyelewengkan (makna) nya, sehingga hal itu menghunjam didalam hatiku." [Ad-Daarimi (397), A-Laalikaa'i dengan sanad yang shahih].

Abu Hatim berkata "Tanda ahli bid'ah adalah mencela Ahlul Atsar."
Al-Hakim berkata, "Didunia ini tiada seorang pelaku bid'ah melainkan ia membenci Ahlul Hadith. Apabila seorang berbuat bid'ah maka rasa manisnya hadith telah tercabut dari dalam hatinya." [Aqidah Ash-haabil Hadith, hal.103].

6.  As-Sunnah menurut kami adalah atsar-atsar Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam.

7.  As-Sunnah adalah penjelas Al-Quran yakni petunjuk-petunjuk dalam Al-Quran.

8. Di dalam As-Sunnah tidak ada qiyas.
Yakni tidak ada qiyas dalam masalah aqidah, yang ada hanyalah nash-nash yang qath'i (pasti) dan tauqifiyyah kerana masalah aqidah tidak dapat difahami dengan akal fikiran belaka.
: Dari Syarah Ushulus Sunnah al-Imam Ahmad bin Hanbal.
Pensyarah; Syaikh Walid bin Muhammad Nubaih. Penerbit: Maktabah Ibnu Taimiyyah.

No comments:

Post a Comment