SUARAKAN YANG HAQ UNTUK MENEGAKKAN YANG HAQ! KERANA YANG ADA HANYALAH YANG HAQ SEMATA ....

December 12, 2013

Sebabnya makanan basi dan daging membusuk kerana ulah Bani Isra'il

"Seandainya kalau bukan kerana ulah Bani Isra'il, niscaya makanan tidak akan pernah basi dan daging tidak akan pernah membusuk."
[Muttafaqun 'alaih]

Para ulama menjelaskan bahwa tatkala Bani Isra'il diberi rezki oleh Allah Ta'ala berupa burung-burung salwa (macam burung puyuh) yang datang dan dapat mereka tangkap dengan mudah setiap pagi hari, mereka dilarang untuk menyimpan daging-daging burung tersebut. Setiap pagi mereka hanya dibenarkan untuk mengambil daging yang akan dimakan pada hari tersebut. 
Tetapi mereka melanggar perintah ini dan mengambil daging lebih dari yang di butuhkan dan simpan bakinya. 

Akibat perbuatan inilah Allah menghukumi mereka, sehingga daging-daging yang mereka simpan membusuk. 
[Ma'alim at-Tanzil, oleh Al-Baghawi, 1/97, Syarah Shahih Muslim, oleh Imam An-Nawawi, 10/59, dan Fathul Baari, oleh Ibnu Hajar, 6/411.]

No comments:

Post a Comment