SUARAKAN YANG HAQ UNTUK MENEGAKKAN YANG HAQ! KERANA YANG ADA HANYALAH YANG HAQ SEMATA ....

December 13, 2013

Ucapan yang di larang

Islam agama yang melarang kesyirikan dan mengingatkan kita dari setiap hal yang dapat menjerumuskan kedalamnya. Islam juga menutup semua pintu dan celah yang dapat menyebabkan kita masuk kedalamnya. 

Tanpa disedari pada hari ini, kita sering dengar ramai kaum Muslim yang menisbatkan turunnya musim hujan pada akhir tahun (masehi), bulan Desember. Imam Syafi'i rahimahullah membenci mereka yang mengatakan "Kami diberi hujan pada bulan ini, atau hari ini," walaupun percakapan ini tidak membawa kepada kekafiran. 

Padahal diantara ucapan yang dilarang adalah menisbatkan hujan kepada bintang, yakni menyandarkan turunnya hujan kepada selain Allah Subhanahu Wata'ala. Sebagaimana sabda 
Rasulullah shallallahu alaihi wassalam, Allah berfirman yang ertinya;

"Di antara hamba-Ku ada yang Mukmin dan ada yang kafir. Orang yang berkata: 'Kami diberi hujan kerana Rahmat dan kemurahan Allah, bererti dia beriman kepada-Ku dan kafir terhadap bintang. Sebaliknya, orang yang berkata: 'Kami diberi hujan kerana bintang ini dan bintang ini...,' bererti ia kafir kepada-Ku dan beriman kepada bintang." [HR. Bukhari 1/351, Muslim 1/82-84]

Dari itu tidak boleh menyandarkan turunya hujan kepada selain Allah, seperti mengatakan turunya hujan semata-mata kerana proses putaran alam, tanpa kehendak Allah. Menyakini musim lah yang mengatur dan menciptakan turunnya hujan, bukan Allah, sangat bahaya sebab boleh menyebabkan seseorang terkeluar dari Islam. Padahal hanya Allah azzawajal yang dapat Mengatur dan Menurunkan hujan. Allah berfirman yang ertinya; 
"Dan Kami turunkan dari awan air yang banyak tercurah."  [QS. An Naba' :14]
Allahul Musta'an.
Ref: Manhaj Aqidah Imam Shafi'i oleh Dr. Muhammad bin A.W. Al-'Aqil.

No comments:

Post a Comment