SUARAKAN YANG HAQ UNTUK MENEGAKKAN YANG HAQ! KERANA YANG ADA HANYALAH YANG HAQ SEMATA ....

December 20, 2013

Peringatan Imam al-Barbahari terhadap perkara kecil yang merupakan al-Haq..

Imam Hasan bin Ali al-Barbahari (w.329H) berkata, "Waspadalah kamu terhadap perkara-perkara baru (dalam agama) yang kecil, kerana bid'ah-bid'ah kecil itu jika sering dilakukan maka akan menjadi besar. Demikian pula setiap bid'ah yang diada-adakan dalam umat ini asal mulanya kecil menyerupai al-haq, lalu orang-orang yang masuk kedalamnya menjadi tertipu, kemudian ia tidak dapat keluar darinya, sehingga hal itu (seakan-akan) menjadi suatu perkara agama yang harus ditaati, maka ia pun menyimpang dari jalan (yang benar), lalu keluar dari Islam.

Maka perhatikanlah setiap orang yang kamu dengarkan ucapannya, khususnya dari orang-orang yang hidup pada zamanmu, maka janganlah kamu tergesa-gesa dan masuk ke dalamnya sehingga kamu bertanya dan meneliti terlebih dahulu, apakah ada seorang sahabat Nabi atau seorang ulama yang membicarakan perkara itu. Maka jika kamu mendapat sebuah atsar (riwayat) yang membenarkannya, maka berpegang teguhlah dengannya dan jangan meninggalkannya. Jangan pula memilih jalan selainnya kerana kelak kamu akan jatuh kedalam api Neraka ."  [Syarhus Sunnah, karya Al-Barbahari, hal,68] 
Dari Syarah Ushulus Sunnah al-Imam Ahmad bin Hanbal.

No comments:

Post a Comment