SUARAKAN YANG HAQ UNTUK MENEGAKKAN YANG HAQ! KERANA YANG ADA HANYALAH YANG HAQ SEMATA ....

December 2, 2013

Peringatan 4 Imam mengikuti As-Sunnah dan meninggalkan pendapat yang bertentangan.

Pendapat para empat Imam besar sekitar mengikuti As-Sunnah dan meninggalkan pendapat yang bertentangan dengan As-Sunnah.

Abu Hanifah
1. Beliau berkata, "Apabila hadith itu shahih, maka hadith itulah mazhabku"
2. Tidak dihalalkan bagi seseorang untuk berpegang pada perkataan kami, selagi ia tidak mengetahui sumbernya."
3. "Haram bagi orang yang tidak mengetahui dalil peganganku lantas memberi fatwa dengan perkataanku."

Malik bin Anas
1. Sesungguhnya saya hanyalah seorang manusia yang boleh salah dan boleh benar. Maka perhatikanlah pendapatku. Setiap pendapat yang sesuai dengan Al-Kitab dan As-Sunnah, ambillah, yang tidak sesuai tinggalkanlah.
2. Tidak ada seorang pun setelah Nabi shallallahu alaihi wassalam kecuali dari perkataannya itu yang diambil dan ditinggalkan, kecuali beliau.

Asy-Syaifi'i
1. Kaum Muslimin telah sepakat bahwa sesuap yang telah terang baginya Sunnah Rasulullah shallallahu alaihi wasallam maka tidak halal baginya untuk meninggalkan Sunnah tersebut, hanya kerana ingin mengikuti perkataan seseorang.
2. Apabila kamu dapati dikitabku sesuatu yang bertentangan dengan Sunnah, maka jadikanlah Sunnah beliau sebagai dasar pendapat kamu dan tinggalkanlah apa yang aku katakan.
3. Apabila hadith itu shahih, maka itulah pendapatku.
4. Apabila kamu melihat aku mengatakan suatu perkataan, sedangkan hadith Nabi yang shahih bertentangan dengannya, maka ketahuilah, sesungguhnya akalku telah bermazhab dengannya.
5. Apapun yang aku katakan, kemudian terdapat hadis shahih dari Nabi shallallahu alaihi wassalam yang bertentangan dengan perkataanku, maka hadith Nabi lah yang lebih utama.
6. Setiap hadith shahih dari Nabi shallallahu alaihi wassalam maka ia adalah pendapatku, walaupun kamu belum pernah mendengarnya dariku. 
7. Setiap masa'alah yang shahih dari Rasulullah bagi ahlu naqli dan bertentangan dengan apa yang aku katakan, maka aku meralatnya didalam hidupku dan setelah aku mati.
8. Tidak ada seorang pun, kecuali dia bermazhab dengan Sunnah Rasulullah dan mengikutinya. Apapun yang saya ucapkan atau saya tetapkan tentang sebuah kaedah dasar sedangkan sunnah Rasulullah bertentangan dengan ucapanku, maka yang diambil adalah sabda beliau dan pendapatku juga seperti itu.
9. Engkau lebih tahu tentang hadith dan orang-orangnya (Rijalul Hadith). Apabila hadith itu shahih, maka ajarkanlah ia kepadaku apapun adanya, sama ada ia dari Kufah, Basrah, mahupun Syam. Apabila ia shahih aku akan bermazhab dengannya.

Ahmad bin Hanbal
Imam Ahmad adalah salah seorang imam yang paling banyak mengumpulkan Sunnah dan paling berpegang teguh dengannya. Sehingga beliau paling benci penulisan buku-buku yang memuatkan masa'alah fiqah furu'iyah dan Ar-ra'yi. Oleh itu beliau berkata;
"Janganlah engkau taqlid kepadaku, jangan pula kepada Malik, Syaf'i, Al-Auza'i mahupun Ath-Thauri. Tetapi ambillah darimana mereka mengambilnya.
Pada riwayat lainnya," Janganlah engkau taklid dalam perkara agamamu kepada salah seorang dari mereka. Setiap perkara yang sandarannya kepada Nabi dan para sahabat baginda, maka ambillah. Jika berasal dari Tabi'in maka seseorang dapat memilih."
Sesiapa yang menolak hadith (shahih) Rasullah shallallahu alaihi wassalam ia telah berada ditepi kehancuran.

Begitulah para Imam memerintahkan untuk berpegang teguh pada hadith (shahih) Nabi dan melarang taklid kepada mereka tanpa ada penelitian saksama. Larangan mereka sangat terang dan jelas sehingga tidak boleh di debat dan diputarbalikkan lagi. 
Dari itu siapa saja yang berpegang teguh dengan Sunnah yang shahih, walaupun bertentangan dengan perkataan imam madzab, sebenarnya tidak bertentangan dan keluar dari kaedah mereka.
Bahkan sikap demikianlah yang dikatakan telah mengikuti mereka dan berpegang teguh kepada ikatan yang tidak dapat diceraikan. Berbeza dengan orang yang meninggalkan As-Sunnah yang shahih hanya kerana bertentangan dengan perkataan para imam madzab atau akal mereka. 
Allahul Musta'an.
Dinukil dari muqadimah buku Ensiklopedia Sifat Shalat Nabi oleh Syaikh Al-Albani.

No comments:

Post a Comment