SUARAKAN YANG HAQ UNTUK MENEGAKKAN YANG HAQ! KERANA YANG ADA HANYALAH YANG HAQ SEMATA ....

January 4, 2014

Ikhtilaf ada dua macam...

PERTAMA: Ikhtilaf dalam agama, dalam perkara ibadah dan akidah. Ini adalah ikhtilaf yang tercela dan dilarang, kerana agama bukan ajang yang tepat untuk berijtihad, dan tidak ada peluang bagi akal. Akan tetapi agama dan akidah bersifat tauqifiyyah. Tidak ada peluang melakukan ijtihad didalamnya. 

Kita wajib berpegang dengan apa yang telah Allah shariatkan untuk kita tanpa memasukkan dan menyisipkan pendapat dan ijtihad kita. Dan yang tidak ada dalil padanya, maka itu bid'ah, wajib untuk meninggalkannya, berdasarkan hadith,

"Barangsiapa membuat perkara baru dalam urusan (agama) kami yang tidak ada contohnya, maka perkara tersebut tertolak."  [HR. Bukhari (2697) Muslim (1718/17).]
Dan juga hadith
"Hati-hatilah kalian dari perkara-perkara yang baru (dalam agama). Kerana setiap perkara yang baru itu bid'ah, dan setiap bid'ah itu sesat, dan seluruh kesesatan (tempatnya) didalam Neraka." [HR. an-Nasa'i (3/209-210, no.1577) lafazh Abu Dawud (5/12-13, no.4608), Ibnu Majah (I/30-31, no.42,) dan At-Tirmidzi.]
Semua perkara akidah, ibadah secara umum tidak membuka pintu untuk khilaf (berselisih) didalamnya untuk selama-lamanya. Kita cukup mengikuti nash-nash yang terdapat didalam Al-Kitab dan As-Sunnah, sesuai apa yang dilakukan oleh umat salaf. 

KEDUA: Ikhtilaf dalam ra'yu (pendapat) yang didalamnya terdapat peluang, ada perkara yang dibebaskan untuk berijtihad dari permasalahan fiqih dan istimbath (mengeluarkan sebuah hukum dari sumber Al-Kitab dan As-Sunnah) hukum dari dalil-dalil (yang ada). Kerana pemahaman ulama itu berbeda-beda dalam mengeluarkan (hukum) dari nash-nash tersebut. Sedangkan permasalahan ijma' (konsensus) itu terbatas, tidak dibenarkan menyelisihinya. Akan tetapi perkara yang tidak ada ijma' padanya dari perkara ijtihadiyah, terbuka peluang untuk berijtihad. Dan Allah Subhanahu Wata'ala telah memberikan setiap orang yang berilmu sesuai dengan apa yang telah dikhususkan baginya berupa konsepsi pengenalan dan pemahaman, serta apa yang mengantarkannya kepada nash-nash tersebut. Dan ijtihad itu disyariatkan dalam perkara seperti itu.

Sebagaimana yang telah diketahui, pada masa Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam juga terjadi ijtihad, tetapi bukan dalam perkara akidah, dan bukan pula dalam perkara agama. Ini hanyalah perbedaan pendapat dalam perkara fiqih. 

Dinukil dari kitab, judul asli, 'Syarh Masa 'ilul Jahiliyyah' penulis Al-Imam Muhammad bin Abdul Wahhab At-Tamimi; dan penjelas; Asy-Syaikh Shalih bin Fauzan bin Abdullah Al-Fauzan. (Perilaku & Akhlak Jahiliyyah).

No comments:

Post a Comment