SUARAKAN YANG HAQ UNTUK MENEGAKKAN YANG HAQ! KERANA YANG ADA HANYALAH YANG HAQ SEMATA ....

January 12, 2014

Mengapa sukar meninggalkan amalan ini!

Setiap tahun pada bulan Rabi'ul Awal ramai da'i, dan hampir semua Lembaga masjid akan menganjurkan perayaan peringatan Maulid Nabi shallallahu alaihi wassalam dengan berbagai acara. Sehingga sangat sukar mencari masjid-masjid yang kira-kira imamnya tidak 'berkhutbah' tentang pentingnya memperingati Nabi shallallahu alaihi wa sallam dengan penyambutan maulid sebagai tanda cinta terhadap beliau.
Jika mandi Safar dapat dihapuskan amalannya dari masyarakat kita, tetapi Mengapakah perayaan maulid maseh tetap tersebar ? 
1) Kerana ramai 'ulama' "lemah dan tidak aktif" dalam membasmi bid'ah yang sesat. Sementara orang-orang yang awam, bila mereka melihat seorang alim mendiamkan suatu perkara, maka mereka akan menduga bahwa perkara itu tidak menyalahi syari'at.
Lebih parah bila ada sebagian ulama lebih mementingkan duniawi daripada kebaikan ukrahwi, berusaha meraih tampuk kepimpinan atas orang-orang lalai dan jahil yang menduga bahwa setiap amalan itu dibolehkan walaupun tidak ada syariatnya. Mereka justru mempromosikan bid'ah-bid'ah itu dengan menggambarkannya sebagai perkara yang baik. Kita sering lihat berbagai aktiviti sempena Maulid Nabi, diadakan untuk digunakan untuk mengumpul dana. 
Apalagi bila dianjurkan oleh pada 'agamawan' dan badan badan masjid. Jika orang 'alim' yang dijadikan panutan mengamalkan bid'ah siapa lagi yang mengamalkan sunnah! 
2) Para penguasa pula membangun, mendukung, mendorong dan menyebarkan bid'ah kerana sesuatu yang baru dalam agama itu sesuai dengan hawa nafsunya. Seandainya para peguasa tidak menyokong bid'ah tersebut, tentu keadaannya tidak separah ini dan tentu tidak akan tenggelam Sunnah, dan terdzalim para asatizah yang menegakkan Sunnah (kerana tersekat dakwah-nya), hanya kerana mereka mengingkari bid'ah tersebut. Sejak dahulu hingga sekarang, ramai sekali penguasa yang mengusung bid'ah untuk menjauhkan manusia dari agamanya yang benar. 
3) Bid'ah berubah menjadi kebiasaan sehingga sulit untuk melepaskannya diri darinya, kecuali dengan usaha yang amat keras dan hidayah.
4) Kesesuaian bid'ah dengan hawa nafsu dan tabiat manusia. 
Kasihankan lah Umat ini!  Mereka bersemangat ingin mendapatkan keredha'an dari Allah Azzawajalla. Jika diluar masjid sudah sering di tipu oleh beraneka macam penipuan, malah masuk ke masjid juga tertipu. 
"Katakanlah: 'Apakah akan Kami beritahu kepadamu tentang orang-orang yang paling merugi perbuatannya?' Yaitu orang-orang yang telah sia-sia perbuatannya dalam kehidupan dunia ini, sedang mereka menyangka bahwa mereka berbuat sebaik-baiknya."  [QS. Al-Kahfi: 103-104]
"Pada hari ini telah Kusempurnakan untuk kamu agamamu dan telah Kucukupkan kepadamu nikmat-Ku, dan telah Kuredhai Islam itu menjadi agamamu...." [QS. Al-Maaidah:3]
Fikirkan lah, Tidakkah cukup nikmat Allah dengan apa yang sudah di ajarkan oleh Nabi-Nya shallallahu alaihi wa sallam? 
Allahul Musta'an.
Ref: kutipan dari; Menyoal Rutinas Perayaan Bid'ah sepanjang tahun; karya Abdullah bin Abdul Aziz at-Tuwaijiri . Dengan tidak mengubah maknanya.

No comments:

Post a Comment