SUARAKAN YANG HAQ UNTUK MENEGAKKAN YANG HAQ! KERANA YANG ADA HANYALAH YANG HAQ SEMATA ....

January 27, 2014

Penjagaan Allah terhadap penurunan Al Quran dan syariat-Nya

"Dan al-Qur'an itu bukanlah dibawa turun oleh syaitan-syaitan. Dan tidaklah patut mereka membawa turun al-Qur'an itu, dan mereka pun tidak akan kuasa. Sesungguhnya mereka benar-benar dijauhkan daripada mendengar al-Qur'an itu."
[QS. Asy-Syu'araa'; 26:210-212]

Ibnu Katsir,dalam tafsirnya mengatakan, Allah Subhanahu Wata'ala mengkhabarkan bahwa Kitab-Nya yang mulia tidak layak dibawa turun oleh syaitan-syaitan, dan hal itu tercegah kerana tiga alasan:-
1.).   Kerana karakter syaitan adalah merusak dan menyesatkan para hamba. Sedangkan dalam al-Qur'an terkandung amar ma'ruf dan nahi munkar, cahaya, hidayah dan bukti nyata yang jelas.
Maka diantara syaitan dan al-Qur'an sangat bertolak belakang.

2,).   Sekali pun patut bagi mereka, niscaya mereka tidak akan mampu melakukannya.

3.).   Sekalipun mereka patut dan mereka mampu membawa dan menyampaikannya, niscaya mereka tidak akan mampu menjangkaunya, kerana mereka akan tersingkir dari pendengaran al-Qur'an pada waktu turunnya, kerana langit dipenuhi oleh penjagaan yang ketat dan bola bola api pada saat di turunkannya kepada Rasulullah shallallahu alaihi wassalam, maka tidak ada satu syaitan pun yang lulus untuk mendengarkan satu huruf pun agar tidak terjadi percampuradukkan.

Hal ini merupakan rahmat Allah kepada hamba-Nya, penjagaan Allah terhadap syari'at-Nya dan dukungan Allah terhadap Kitab dan Rasul-Nya. 

Dari itu patutkah manusia mempertikaikan kemaslahatan hukum Allah akan implikasinya terhadap masyarakat jika diterapkan?
Wallaahu a'alam.
Ref; Tafsir Ibnu Katsir. 

No comments:

Post a Comment