SUARAKAN YANG HAQ UNTUK MENEGAKKAN YANG HAQ! KERANA YANG ADA HANYALAH YANG HAQ SEMATA ....

January 11, 2014

Tidak boleh ambil fatwa luar negeri?

Ada yang mengatakan kita tidak boleh mengambil fatwa daripada luar negeri sebab keadaan kehidupan mereka  berbeza dengan kondisi masyarakat kita yang berbilang bangsa dan agama.

Ini tidaklah sepertimana yang diajarkan oleh Nabi Muhammad shallallahu alaihi wassalam dan para sahabatnya, beliau shallallahu alaihi wassalam pernah menghantar Mu'aath bin Jabal ke Yemen untuk berinteraksi dan berdakwah kepada orang-orang Yemen, walaupun Mu'aath  tidak pernah tinggal di Yemen.

Nabi shallallahu alaihi wassalam juga telah menghantar rombongan (para sahabat) dengan membawa risalah agung, Islam, kepada raja-raja dan pembesar-pembesar di merata tempat. Beliau tidak menyuruh sahabatnya merisik dahulu, keadaan kehidupan penduduk itu sama ada Islam dan syariat-Nya sesuai untuk diterapkan atau tidak.

Ini menunjukkan bahwa pokok agama Islam itu universal dan mengakar di seluruh pelusuk dunia, buah hukumnya berlaku sama di semua tempat. Sebab matahari yang menyinar dan hujan yang membasah bumi, datang dari sumber yang sama.
Sesuatu yang haram di negeri lain, tidak menjadi halal dinegeri kita.  Allahul Musta'an.  

Berikut ini di lampirkan Fatwa berkenaan maulid yang maseh ramai pertikaikan, walaupun hukum sudah jelas . Dipetik dari laman: alifta.net 
Pertanyaan 1: Tentang hukum merayakan maulid Nabi Shallallahu `alaihi wa Sallam. Di dalam acara ini orang-orang berkumpul dan membicarakan tentang kehidupan Rasulullah Shallallahu `alaihi wa Sallam. Mereka menunaikan salat, menyebut sifat-sifat Rasulullah Shallallahu 'Alaihi wa Sallam, dan menyampaikan salam kepada beliau dengan kalimat yang mereka hafal secara sempurna. (Lihat bentuk-bentuk salam yang mereka kuasai. Mereka berdiri, meletakkan lengan mereka di atas dada, dan menyampaikan salam kepada beliau dengan bacaan yang sangat mereka hafal).
Jawaban 1: Merayakan maulid Nabi Shallallahu 'Alaihi wa Sallam tidak dibolehkan. Sebab, itu merupakan bidah yang dibuat-buat dan tidak pernah dilakukan oleh Rasulullah Shallallahu 'Alaihi wa Sallam, para khulafaurrrasyidin, dan para ulama di tiga abad (pertama) yang terbaik.
Wabillahittaufiq, wa Shallallahu `ala Nabiyyina Muhammad wa Alihi wa Shahbihi wa Sallam.
Komite Tetap Riset Ilmiah dan Fatwa no.7136 bag.3 halaman 6.
AnggotaAnggotaWakil Ketua KomiteKetua
Abdullah bin Qu'udAbdullah bin GhadyanAbdurrazzaq `AfifiAbdul Aziz bin Abdullah bin Baz

No comments:

Post a Comment