SUARAKAN YANG HAQ UNTUK MENEGAKKAN YANG HAQ! KERANA YANG ADA HANYALAH YANG HAQ SEMATA ....

January 16, 2016

Amalan yang bagaikan debu...

Allah Azza wa Jalla berfirman;
"Dan Kami hadapi segala amal yang mereka kerjakan, lalu Kami jadikan amal itu (bagaikan) debu yang beterbangan."  [QS. Al-Furqaan : 23]

Ibnu Katsir Rahimahullah berkata; pada hari Kiamat kelak Allah Ta'ala akan menghisab hamba-hamba-Nya atas apa yang mereka amalkan berupa kebaikan dan keburukan. Tidak ada hasil yang akan diraih kan oleh mereka kaum musyrikin, dari amal-amal yang mereka sangka dapat menyelamatkan, kerana hilangnya syarat syar'i', baik keikhlasan dalam beramal atau mengikuti syariat Allah (tidak mengikuti Sunnah Nabi-Nya.)
"Orang-orang yang kafir kepada Rabbnya, amalan-amalan mereka adalah seperti abu yang ditiup angin dengan keras,"  [QS. Ibrahim : 18].
~Tafsir Ibnu Katsir~

No comments:

Post a Comment