SUARAKAN YANG HAQ UNTUK MENEGAKKAN YANG HAQ! KERANA YANG ADA HANYALAH YANG HAQ SEMATA ....

January 4, 2016

Tiga golongan membenci negara Tauhid.

Negeri yang membasmi terorisme tidak mungkin melahirkan teroris. Namun mengapa kerajaan  Arab Saudi ini sangat dibenci dan sering dijelekan dalam hal pemikiran, perekonomian dan pentadbiran negaranya?
Tiga pihak saat ini yang banyak mencela Kerajaan Saudi. 
1). Golongan anti Islam, orang-orang kafir yang memusuhi agama Islam. Mereka takut akan kebangkitan Islam yang memungkinkan melahirkan generasi seperti 3 generasi gemilang dahulu. Terusik dalam kepentingan politik dan perekonomian nanti.

2) Orang-orang munafik dan golongan selain dari Ahlus Sunnah. Mereka takut akan dakwah tauhid yang di tegakkan di Saudi, aqidah Ahlus Sunnah yang menentang amalan-amalan (bid'ah) yang tidak bersumber dari risalah yang dibawa oleh Nabi-Nya dan ideologi sesat, pemikiran-pemikiran yang menyimpang dari manhaj Nabawiyah.

3) Mereka yang jahil, tidak tahu apa-apa tapi ikut-ikutan saja, kerana terpengaruh dengan media-media anti Islam, dan juga terpengaruh dengan kumpulan pihak  kedua.. Golongan ini selalunya malas mencari infomasi sendiri, ambil jalan ringkas, ikut arus orang ramai atau ustad-ustad mereka.
Semoga Allah Subhanahu wa Ta'ala melindungi negeri yang menegakkan agama-Nya dengan alQur'an dan As-Sunnah Nabi-Nya tanpa kemasukan hawa nafsu atau pendapat-pendapat ulama.. Amiin.. 

No comments:

Post a Comment