SUARAKAN YANG HAQ UNTUK MENEGAKKAN YANG HAQ! KERANA YANG ADA HANYALAH YANG HAQ SEMATA ....

January 12, 2016

Dua daging yang paling baik dan juga yang paling buruk!

Seorang ulama salaf, Khalid ar-Rib'i berkata: "Luqman adalah hamba Habsyi (Ethiopia) dan seorang tukang kayu. Suatu hari tuannya berkata kepadanya: 'Sembelihlah kambing ini untuk kami, dan keluarkanlah dua daging yang paling baik!' Lalu Luqman mengeluarkan lisan dan jantung. 
Kemudian tuannya diam sejenak, lalu berkata: 'Sembelihlah kambing ini untuk kami dan keluarkanlah dua daging yang lebih buruk.'  Lalu Luqman mengeluarkan lisan dan jantung. Tuannya berkata kepadanya: 'Aku perintahkan engkau mengeluarkan dua daging yang paling baik, lalu engkau mengeluarkan lisan dan jantungnya dan aku perintahkan engkau mengeluarkan dua daging yang paling buruk, lalu engkau mengeluarkan keduanya juga.
Luqman pun menjawab: 'Kerana tidak ada sesuatu yang lebih baik daripada keduanya jika keduanya baik, dan tidak ada sesuatu yang lebih buruk jika keduanya buruk.'" Wallaahu'alam.
**Kisah ini terdapat didalam Tafsir Ibnu Katsir; QS. 31:12**

No comments:

Post a Comment