SUARAKAN YANG HAQ UNTUK MENEGAKKAN YANG HAQ! KERANA YANG ADA HANYALAH YANG HAQ SEMATA ....

November 17, 2014

Mengapa berbeza jika berpegang pada Al-Quran dan As-Sunnah

Allah Subhanahu Wata'ala berfirman yang ertinya;
"Sesungguhnya kamu berada dalam keadaan berlainan pendapat (mengenai agama yang dibawa oleh Nabi Muhammad shallallahu alaihi wa sallam). Dipalingkan daripada itu orang yang dipalingkan Allah (dengan sebab keikhlasannya mencari kebenaran)." [QS. Adz-Dzaariyaat:8-9]

Pandangan mereka berbeza mengenai Al-Quran dan hadith Nabi shallallahu alaihi wa sallam. Ketika mereka mendustai kebenaran, mereka berbeza fahaman dan aliran. Kebenaran merupakan satu jalan lurus. Orang yang mengingkari kebenaran nescaya berbeza fahamannya. Sebagaimana firman Allah Subhanahu Wata'ala;

"Bahkan mereka mendustakan kebenaran apabila sahaja sampainya kepada mereka; oleh sebab itu, mereka berada dalam keadaan yang serba kacau."  [QS. Qaaf: 5]

Ertinya, sesungguhnya pendapat kamu berlawanan. Satu pihak mengingkari yang lain kerana mereka mengingkari kebenaran. Kemudian Allah menjelaskan bahwa Dia akan menyesatkan orang yang menyeleweng kerana berbeza pendapat sesama sendiri.

"Dan kami tidak akan meninggalkan penyembahan tuhan kami dengan sebab kata-katamu itu! "
[QS. Huud; 53]

Kerana pernyataan mereka yang beragam itu menunjukkan pembohongan dan kebatilan, maka Allah berfirman;
"Binasa lah orang yang sentiasa mengeluarkan pendapat dengan cara agak-agak sahaja."
[QS. Adz-Dzaariyaat ; 10]

Itulah orang yang ingkar :
"(Iaitu orang-orang yang tenggelam dalam kejahilan serta lalai, (hari pembalasan)."
[QS. Adz-Dzaariyaat; 11]

Kebodohan telah meresap dan menutup hati mereka seperti air dan kematian. Tenggelam oleh kebodohan, hawa nafsu, kegilaan, kelalaian, kecintaan, kemarahan, ketakutan dan selainnya. Allah Ta'ala berfirman;
"Sekalipun demikian, orang yang ingkar tidak juga berfikir) bahkan hati mereka tenggelam didalam kejahilan, lalai daripada (memahami ajaran Al-Quran) ini."
[QS. Al-Mu'minuun: 63]
Maksudnya mereka berada dalam keadaan bodoh. Kemudian Allah menggambarkan bahwa mereka lalai dengan kesesatan tersebut. Sesudah itu

"Mereka bertanya (secara mengejek): Bilakah datangnya hari pembalasan itu?"
[QS. Adz-Dzaariyaat ; 12]. Ungkapan menunjukkan tidak percaya dan ingkar. Maka Allah Azza wa Jal memberitahu bahwa hari itu merupakan;

"(Jawabnya: hari itu ialah) hari mereka disiksa (dengan dibakar) atas api Neraka."
[QS. Adz-Dzaariyaat ; 13]..,
Allahhul Musta'an ..
Mereka maseh berbeza pendapat sebab mereka tidak mengikuti kefahaman ajaran Islam sebagaimana yang telah di praktikan oleh para sahabat dan ash Salaful Ummah.. Mereka mengikuti tafsir sendiri, pendapat dan rasa sendiri ..
Petikan dari judul asli; 'At-Tibyan fi Aksaami Al-Quran' oleh Ibnu Qayyim. Diringkaskan dengan tidak merubah isinya.

No comments:

Post a Comment