SUARAKAN YANG HAQ UNTUK MENEGAKKAN YANG HAQ! KERANA YANG ADA HANYALAH YANG HAQ SEMATA ....

February 25, 2016

Ragu dengan kebenaran..

Hari ini umat Islam terpecah belah dari kebenaran walaupun setelah sampai kebenaran itu kepada mereka dan tegaknya hujjah. Keengganan mereka menerima kebenaran ia lah kerana kezhaliman, pembangkangan dan penyelisihan mereka. Dalam Tafsir Ibnu Katsir dikisahkan tentang Ahli Kitab dahulu...

"Dan mereka (Ahli Kitab) tidak berpecah belah melainkan sesudah datangnya pengetahuan kepada mereka kerana kedengkian antara mereka."  [Qs. Asy-Syuura: 14].

Ramai orang yang dengki terhadap dakwah salafiyah sehingga mereka jadi ragu kebenaran yang datang dari alQur'an dan Sunnah Nabi-Nya. Amalan mereka hanyalah ikut-ikutan tanpa dalil dan bukti yang jelas dan shahih.

"Dan sesungguhnya orang-orang yang diwariskan kepada mereka al-Kitab (Taurat dan Injil) sesudah mereka, benar-benar berada dalam keraguan yang menggoncangkan tentang Kitab itu."  [Qs. Asy-Syuura: 14].
Allahul mustaan..

No comments:

Post a Comment