SUARAKAN YANG HAQ UNTUK MENEGAKKAN YANG HAQ! KERANA YANG ADA HANYALAH YANG HAQ SEMATA ....

February 3, 2015

Jangan dengarkan setiap orang 'fasih' bercakap dan mengobrol.

Syakh Muhammad Naasirudin al-Albani berkata;

Saudaraku, masa'alah remaja hari ini, ialah sebagaimana dikatakan dalam Ash-Shaam;

"Kayu-kayu yang mengumpulkan mereka, juga memisahkan mereka, (iaitu mereka berkumpul dan bersurai dengan mudah). 

Mereka tidak bisa mengetahui ilmu dan mengenal orang yang berilmu. Dari itu semua orang yang bercakap dengan fasih mereka perhatian dan mendengarkannya. Ini adalah satu kesilapan. Dari sinilah punca kekeliruan, kerancuan dan seterusnya. Oleh kerana itu kami nasihatkan para remaja, saudaraku, apabila ada pendatang baru berceramah, supaya tidak mendengarkannya. 

Oleh kerana itu saya suka pada ketegasan yang terdapat pada beberapa orang-orang Salaf. Dalam apa? Dalam mereka melarang duduk-duduk dengan ahli bid'ah sehingga mereka takut pada diri mereka sendiri. Ini perkara menakjubkan. Malah mereka bimbang bahwa keraguan dari perdebatan, perbahasan orang-orang yang berada atas kebatilan akan berpaut ke hati-hati yang lain. Siapa dia? Hati Ulama! Jadi bagaimana pula dengan hati orang awam?

Oleh kerana itu, wahai saudaraku, tidak dibenarkan mendengarkan kata-kata mereka. Hanya kita boleh mengatakan; 
"Ada ulama dan penuntut ilmu yang Anda boleh jadikan mereka sebagai patokan dan berbekalkan diri dengan mereka. " 

Kita tidak mengetahui ucapan; "Cukupkanlah diri Anda dengan ini. Sesiapa yang mendengarkan setiap hari, berbagai ucapan yang berbeza mengenai agama, berbeza pendapat setiap hari, maka inilah buktinya kurangnya iman yang benar dalam hati-hati manusia."

Sumber: https://dawatussalafiyyah.wordpress.com/2015/02/02/do-not-listen-to-everyone-who-speaks-and-is-eloquent-and-begins-to-blabber/

No comments:

Post a Comment