SUARAKAN YANG HAQ UNTUK MENEGAKKAN YANG HAQ! KERANA YANG ADA HANYALAH YANG HAQ SEMATA ....

February 7, 2015

Mengapa simbol Valentine warna merah?

Setiap tahun pada tanggal masehi 14 Februari, berjuta-juta manusia, termasuk umat Islam, akan meraikan hari yang dikenali sebagai "Hari Valentine". Dimana ia disambut oleh semua peringkat umur, dari kanak-kanak bangku sekolah, remaja, pasangan suami-isteri dan pasangan sama jenis.

Namun kenyataan yang sangat menyedihkan adalah kebanyakan mereka yang turut serta meraihkan tidak pernah mempersoalkan usul tradisi ini. Mereka tidak mahu selidik mengenai sejarah hari Valentine, yang di panggil "Lupercalia" atau "hari serigala" untuk kegilaan seksual dewi Juno, dengan pesta porah, perlecehan kehormatan dan upacara berdarah. 

Mengapa simbol Valentine warna merah? 
Warna "merah" adalah warna darah dan simbol 'red heart' adalah tempat sumber "darah". Adapun simbol "red heart" dan mawar merah, itu bukanlah mewakili jantung sebenarnya tetapi ia satu lambang matrix kewanitaan atau satu kebuk pembukaan kepada "persetubuhan suci". (Chamber of Sacred copulation) ..  Na'uzubillah ...

Oleh itu 14 Februari menjadi hari yang mana nafsu kelamin tidak terkawal. Hari membenarkan perzinahan kerana di anggap "suci" bagi adat kaum kuno..

Dunia Islam hari ini telah terjungkal hingga ke titik kritis dan mengalami kemerosotan dalam hal akidah, kerana generasi kini telah meninggalkan manhaj yang telah dititi oleh Salafush shalih.

Ramai remaja lebih bangga jika berjalan memegang sekuntum mawar merah daripada mengepit sebuah alQur'an. 

Kebelakangan ini ada beberapa paderi yang mewakili gereja mereka, telah bangkit memperingatkan penganut Kristen yang setia, supaya tidak turut serta meraihkan hari Valentine ini kerana ia tidak berasal dari agama mereka.

Maka sepatutnya umat Islam lebih lagi menjauhinya. Sebagai seorang Muslim kita wajib untuk tidak turut serta meraihkan hari ini. Cukuplah kita merayakan dua hari raya Islam yaitu Idul Adha dan Idul Fitri atau hari-hari raya lain seperti hari Jumaat. Kita sama sekali tidak perlu mengimport simbol dan Syiar-Syiar kekafiran.

Malangnya saat ini tidak terdengar dari corong-corong masjid atau badan-badan Islam setempat ada pihak yang memperingatkan masyarakat Islam tentang kemungkaran menyambut hari 'kekasih' ini. Allahul Musta'an ...

No comments:

Post a Comment