SUARAKAN YANG HAQ UNTUK MENEGAKKAN YANG HAQ! KERANA YANG ADA HANYALAH YANG HAQ SEMATA ....

February 26, 2015

Tangisan 'Ummu Aiman'.

Dari Anas radiyallahuanhu, ia berkata: "Setelah wafatnya Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam, Abu Bakar radiyallahuanhu berkata kepada Umar radiyallahuanhu; "Mari kita mengunjungi Ummu Aiman (pengasuh dan pembantu beliau semasa kecil), sebagaimana dulu beliau mengunjunginya. Ketika kami menjumpainya, (kami dapati) Ummu Aiman sedang menangis.
Lalu keduanya bertanya:
'Apa yang membuatmu menangis? Bukankah apa yang disisi Allah itu lebih baik bagi Rasulullah?" Ummu Aiman menjawab; "Aku menangis bukan kerana tidak tahu apa yang ada disisi Allah itu lebih baik bagi Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam, namun aku menangis kerana turunya wahyu dari langit telah terhenti!"
Ternyata ucapan tersebut telah memancing keduanya untuk ikut menangis. Lalu keduanya pun menangis bersamanya.
(HR. Muslim,no. 2454)

Bayangkan Ummu Aiman menangis, sedangkan kami bersenang-senang dan bersenda gurau tanpa tahu kesopanan. Dia belum lagi menyaksikan hadith-hadith beliau dipalsukan dan di dustakan, dia tidak sempat mendengar lagu dan alat-alat musik di alunkan... Allahul Musta'an.
Cerbisan dari; "Musibah Terbesar Ummat Islam" oleh Syaikh Husain bin 'Audah al-'Awaisyah.

No comments:

Post a Comment