SUARAKAN YANG HAQ UNTUK MENEGAKKAN YANG HAQ! KERANA YANG ADA HANYALAH YANG HAQ SEMATA ....

May 15, 2015

Mufti Perak menyuarakan kebimbangannya 'trend' dakwah semasa...

Jika Mufti Perak, telah menyuarakan kebimbangannya mengenai 'trend' dakwah masa kini yang lebih menjurus kepada menjadi penglipur lara dan begitu mudah mengeluarkan 'hukum' atau 'fatwa' yang kadang kala tidak memenuhi kehendak syarak, seharusnya Mufti kita lebih  memantau dai'-dai' yang di jemput berceramah disini. Supaya wabah ini tidak menjangkiti kita.

Walaupun penceramah itu dai' "sejuta umat," namun jika dakwahnya lebih berkonsep hiburan, gelak ketawa, nyanyian, nasheed, cerita dongeng, ia jauh daripada ilmu yang syar'i, ini akan membawa masyarakat kita lebh jauh dari Keislamannya. 
Takwa, pada dasarnya berarti menjaga diri dari hal-hal yang dibenci, kerana kata takwa berasal dari kata الؤ قاية (penjagaan).

Wabah ini ternyata sudah menular pada ramai masyarakat kita, kerana mereka sudah dibius dengan cerita-cerita yang tidak masuk akal, sehingga mereka tidak dapat membezakan Antara yang haq dan yang batil. 
Sila baca Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/40349

No comments:

Post a Comment