SUARAKAN YANG HAQ UNTUK MENEGAKKAN YANG HAQ! KERANA YANG ADA HANYALAH YANG HAQ SEMATA ....

November 15, 2015

Orang yang akan menjadi musuh Nabi kelak...

Imam Malik rahimahullah berkata: Orang yang mencela sahabat-sahabat Nabi, maka ia tidak termasuk dalam golongan Islam” (Al Khalal /As Sunnah, 2-557). 

Imam asy-Syafi'e rahimahullah berkata : Janganlah engkau mencela para sahabat Rasulullah kerana yang menjadi musuhmu kelak adalah Nabi sendiri.” (Siyar A’lam an-Nubala’, 10/28).

Imam al-Nawawi rahimahullah berkata: Ketahuilah bahawa mencela para sahabat radhiallahu ‘anhum adalah haram, ia termasuk perkara keji yang diharamkan (Syarah Sahih Muslim bi al-Nawawi, jld. 16, ms. 93)

Rasulullah Shallallahu alaihi wassalam bersabda: “Janganlah kamu mencela seorang pun dari kalangan sahabatku. Kerana sesungguhnya sekiranya salah seorang di antara kamu menginfaqkan emas sebesar Gunung Uhud sekalipun nescaya ia tidak akan dapat menyamai dengan satu mud yang diinfaqkan oleh para sahabatku, bahkan setengahnya pun tidak akan sama.” (HR. Bukhari dan Muslim).

No comments:

Post a Comment