SUARAKAN YANG HAQ UNTUK MENEGAKKAN YANG HAQ! KERANA YANG ADA HANYALAH YANG HAQ SEMATA ....

June 16, 2015

Ekstrimis Hijab

Cakap pasal ekstrimis, nampaknya kerajaan-kerajaan di Eropah telah ketahap keterlaluan dalam usaha mereka untuk membuat undang-undang tentang bagaimana wanita Islam sepatutnya berpakaian.
Namun pada masa yang sama mereka lah pihak yang lantang melaung-laungkan Hak Asasi Manusia dan kebebasan berekspresi 'freedom of expression'. Bukankah Muslimah berpakain syar'i satu dari cabang berekspresi, menunjukkan keislamannya? 
Bukankah undang-undang ini telah mencerobohi kebebasan beragama, ungkapan budaya dan keperibadian rakyat? 
Bagaimana boleh dikatakan undang-undang jika ia bukan untuk melindungi Hak rakyat terhadap diskriminasi? Bagaimana boleh dikatakan toleransi jika 'hijab' yang menutupi aurat dan melindungi maruah kaum Muslimah dikatakan sesuatu yang boleh mengocak ketenangan 'harmoni' antargama, (Antara agama) dan antara berbilang bangsa?
Dan perempuan yang 'berpakaian tetapi telanjang' diagung-agungkan? Tepuk dada tanyalah iman Anda!
Allahul mustaan..

No comments:

Post a Comment