SUARAKAN YANG HAQ UNTUK MENEGAKKAN YANG HAQ! KERANA YANG ADA HANYALAH YANG HAQ SEMATA ....

June 18, 2015

Memadai kah fidyah dengan nilai wang?

Fidyah adalah denda atau tebusan kerana beberapa kesalahan tertentu dalam ibadah. Ia juga merujuk kepada menebus Ibadah dengan memberi sedekah kepada fakir miskin berupa makanan yang mengenyangkan. Umpama seorang yang tidak mampu berpuasa kerana uzur yang dibenarkan syarak; sakit, musafir, orang tua, kehamilan yang takut datang mudarat pada ibu atau anak kandungannya, maka diharuskan berbuka dengan diwajibkan qadha' sejumlah hari  ditinggalkannya atau fidyah dengan memberi makan orang miskin atau kedua-duanya.

Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman yang ertinya;
"Maka jika di antara kamu ada yang sakit atau dalam perjalanan (lalu ia berbuka), maka (wajiblah baginya berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. Dan wajib bagi orang-orang yang berat menjalankannya (jika mereka tidak berpuasa) membayar fidyah, (yaitu) memberi MAKAN seorang miskin."  [QS. Al-Baqarah: 184]

Ibnu Abbas Radiyallahu 'anhuma telah meriwayatkan mengenai orang yang sangat tua yang diwajibkan fidyah. Beliau berkata:
"Orang yang sangat tua dikalangan lelaki atau perempuan yang keduanya tidak mampu berpuasa, hendaklah memberi makan orang miskin bagi setiap hari sebagai ganti." 
(HR. Bukhari).
Diriwayatkan juga dalam sebuah hadith bahwa Abdullah bin Umar Radiyallahu 'anhuma telah ditanya mengenai seorang perempuan hamil yang takut mudarat kepada anaknya itu berpuasa? Lalu beliau berkata;
"Berbuka dan berilah satu cupak makanan (hinthah) kepada orang miskin setiap hari." 
(HR. Al-Baihaqi)

Maksud fidyah itu telah dijelaskan yakni; berpuasa, sedekah (beri makan orang miskin) atau berqurban ( ibadah umrah/haji.) Sebagaimana firman Allah;
"..maka wajib lah atasnya berfidyah, yaitu: BERPUASA atau BERSEDEKAH atau BERKURBAN." [QS. Al-Baqarah: 196].
Allah Ta'ala telah memberi Pilihan kepada kita, bolehkah kita buat pilihan selainnya?

Namun anehnya sebagai irsyad, ada pihak mengambil pendapat mazhab Hanafi yang membolehkan bayar fidyah dengan nilai wang, malah digalakkan lagi sebab lebih baik kerana ianya membolehkan si fakir miskin membeli keperluannya. Walhal kesemua 4 Imam besar telah melarang bertaklid pada mereka (dalam hal agama) tanpa mengetahui darimanakah sumber mereka berpendapat. 

Walhal para Salaful Ummah, Imam Shafi'e dan ramai ulama muktabar mengatakan TIDAK sah dikeluarkan dengan harganya atau wang, (termasuk pembayaran zakat Fitri juga.) Adakah pendapat manusia lebih baik dari apa yang telah di wahyukan oleh Allah Azza wa Jalla.?
Wallahul a'lam waAllahul mustaan.
Sumber: Tafsir Ibnu Katsir & Risalah Taklid 'Jangan Kamu Ikuti Apa yang Kamu Tidak Tahu' oleh Ibnu Qayyim.

No comments:

Post a Comment