SUARAKAN YANG HAQ UNTUK MENEGAKKAN YANG HAQ! KERANA YANG ADA HANYALAH YANG HAQ SEMATA ....

June 15, 2015

Waswas dalam berpakaian..

Ibnu Qayyim rahimahullah berkata; 'Renungkanlah sikap para ulama salaf dalam mengikuti jejak Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam. Sepatutnya kita contohi sikap mereka dan pilih jalan mereka. Salah seorang ulama pernah berkata, 'Sekiranya suatu kaum sebelumku berwuduk dan tidak membasuh kukunya, pasti aku pun tidak akan membasuhnya.
Ibrahim an-Nakha'i bercerita,
"Suatu hari Zainul Abidin berkata kepada anak lelaki nya, "Hai anakku, ambikkan baju untukku. Aku akan memakainya ketika buang hajat. Sebab aku lihat lalat biasanya sesudah jatuh pada najis lalu ia akan hinggap pada pakaian." Kemudian anaknya mengingatkannya, "Nabi shallallahu alaihi wa sallam dan para Sahabat memakai baju yang sama (untuk buang hajat ataupun lain-lain)." Lalu anaknya pun meninggalkannya.
[Bahaya Penyakit Waswas oleh Ibnu Qayyim]

No comments:

Post a Comment