SUARAKAN YANG HAQ UNTUK MENEGAKKAN YANG HAQ! KERANA YANG ADA HANYALAH YANG HAQ SEMATA ....

October 6, 2014

Berkorban demi agama, jangan korban kan agama!

Dalam mengungkapi fenomena dakwah terkini, yakni menyeru atau fokus pada akhlak yang baik dahulu, seorang ulama terkemuka, Syaikh Salih al-Fawzan berkata;

"Menyeru kepada akhlak yang baik dahulu, adalah bercanggah dengan cara nubuatan dakwah. Ini adalah kesesatan, yang bertentangan dengan dakwah para Rasul-rasul. Ini adalah seruan hizbis, (mazhab taksub) masa kini. Ia adalah dakwah yang salah, kerana bertentangan dengan metologi Rasul-rasul. Apa yang mereka (benar-benar) inginkan adalah supaya manusia tetap berada atas pelbagai kepercayaan mereka, sama ada (kepercayaan) Quburiyyah (fanatik makam), penyembahan berhala, atau Sufi. Yang penting pada mereka hanya untuk mengumpul orang-orang bersama-sama, semata-mata demi mengikuti mereka yakni kumpulan mereka semata-mata.

Ini bukan berarti akhlak baik tidak diberi perhatian dalam berdakwah, tetapi berdakwah sebagaimana cara nubuatan dakwah ialah fokus pada tauhid dahulu. (Membetulkan aqidah)

Membuat adab yang baik sebagai fokus utama dalam berdakwah akan menyebabkan kita menyerupai orang-orang Kristian, yang mana nabi dan Rasul menyeru mereka untuk menyembah Allah semata-mata, dan mengumumkan dirinya sebagai hamba Allah!
[QS. Maryam,19:30-36]. Walau bagaimana pun Anda mendapati penganut Kristian moden menerangkan agama mereka sebagai semata-mata akhlak dan adab yang baik. Bukan sahaja mereka telah ketepikan keutamaan 'tauhid' dari dakwahnya, tetapi 'tauhid' telah langsung dikeluarkan dari agama mereka.

Umat Islam seharusnya jadi lebih bijak belajar dari kesilapan orang-orang yang mendahului kami. Kita tidak boleh mengikuti jejak langkah mereka kedalam perangkap syaitan."

Sempena khutbah raya korban, (Eidul Adha) masyrakat diseru "korban kanlah ego Anda, (walaupun Anda benar) berhenti baca alQur'an jika ada perbedaan, korbankan aqidah, untuk kemaslahatan umat. Mengapa kita berbalah pasal manhaj, bila ada isu yang lebih penting diluar sana?
Isu apakah yang lebih penting, kalau bukan isu tauhid? !"

Dakwah Nabi shallallahu alaihi wa sallam juga dikatakan memecah-belah umat, namun beliau tidak berpaling dari cara dakwahnya.

Berkorbanlah demi masyarakat, keluarga, negara,asalkan akan jangan korbankan agama Anda!
Allahul Musta'an ...

No comments:

Post a Comment