SUARAKAN YANG HAQ UNTUK MENEGAKKAN YANG HAQ! KERANA YANG ADA HANYALAH YANG HAQ SEMATA ....

October 18, 2014

Cuba mendakwahkan sunnah di sebuah masjid di panggil polis.

Ini lah fenomena hari ini. Orang-orang yang berpegang teguh di atas sunnah, cuba mendakwahkan Islam yang berlandasan al-Quran dan as-Sunnah dengan pemahaman Salaful Ummah dikatakan menebarkan ajaran sesat.
Semalam, di sebuah masjid di timur, terjadi suatu kejadian yang memilukan. Beberapa remaja yang belajar syariat agama Islam dengan benar kemudian cuba mendakwahkannya, telah mendapat tantangan dari para jemaah dengan kata-kata kesat sambil menuduh remaja ini cuba menebarkan ajaran sesat. Tidak cukup dengan cemuhan, mereka difitnah berkolaborasi dengan kumpulan Khawarij menyerukan jihad dan polis pun di jemput.
Walhal remaja-remaja ini bukanlah manusia yang memecah belah umat dan mengotori fikrah dan pemahaman mereka dan mengkaburkan al haq serta menghiasi al bathil dengan al haq.
Mereka tidak mempunyai nama atau ciri-ciri khusus atau organisasi-organisasi khusus yang dijadikan sebagai tanda untuk mengenali mereka.

Kalau ditanya tentang jalan hidupnya, mereka akan menjawab : “Ittiba’ (mengikuti sunnah-sunnah) Rasul Shallallahu 'Alaihi Wa Sallam.”

Kalau ditanya tentang madzhabnya, mereka akan menjawab : “Tahkimus Sunnah (berhukum dengan sunnah Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wa Sallam).”

Mereka adalah orang-orang yang berjalan di atas ittiba’ kepada sunnah Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wa Sallam sehingga mereka asing di antara sekian banyak orang yang berjalan di atas kebid’ahan, hawa nafsu, khurafat, dan syubhat-syubhat.

Mereka asing di dalam berpegang teguh dengan sunnah Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wa Sallam di antara sekian banyak orang yang berpegang teguh dengan kebid’ahan-kebid’ahan dan hawa nafsu-hawa nafsu.

Sementara kumpulan yang nyata kesesatannya seperti Syiah, Quburiyyun, di biarkan, mereka mendapat tempat, ruang, diberi layanan bila mengunjungi masjid-masjid kita..  Allahul Musta'an 
Diantara tanda orang munafik adalah suka berkata kasar kepada orang Muslim, "mereka (orang munafik) mencaci kamu dengan lidah yang tajam" (QS. Al Ahzab: 19). Dan berbicara lembut kepada orang kafir, (orang munafik berkata kepada kafir) "sesungguhnya jika kamu diusir niscaya kamipun akan keluar bersamamu; dan kami selama-lamanya tidak akan patuh kepada siapapun untuk (menyusahkan) kamu"  [QS. Al Hasyr: 11.]
Dimana 'pencinta Nabi' ? jika Sunnah beliau ingin di padamkan, dihapuskan, di ganti dengan berbagai kebid'ahan.. Hanya kepada Allah saja kita memohon perlindungan.

No comments:

Post a Comment