SUARAKAN YANG HAQ UNTUK MENEGAKKAN YANG HAQ! KERANA YANG ADA HANYALAH YANG HAQ SEMATA ....

October 31, 2014

Ulama memperingatkan umat Islam terkait perayaan Halloween.

Lembaga Dewan Fatwa Malaysia telah menyatakan haramnya bagi umat Islam ikut merayakan Halloween, yang tidak sesuai dengan ajaran Islam. Tradisi perayaan malam 31 October ini, adalah tradisi barat, berasal dari Irlanda dan identik dengan syaitan, penyihir, hantu goblin dan makhluk lain yang menyeramkan. 

Jadi perayaan Halloween sebenarnya adalah perpaduan perayaan kaum pagan dan Kristen, yang dipenuhi dengan ritual penyembahan kepada roh dan syaitan.

Setelah berlaku kempen-kempen yang bercanggah dengan syariat Islam, Ulama Malaysia memperingatkan umat Islam terkait perayaan Halloween, akan rencana pihak tertentu yang memanfaatkan Hallowen guna menggoyahkan iman umat Islam sehingga meninggalkan ajaran agama. 

Ini adalah satu daripada cabaran para agamawan saat ini, membendung masyarakat Islam  daripada jatuh kedalam jurang kesesatan. Kita lihat hari ini ramai ibu bapa yang membelikan kostum dan peralatan terkait Halloween untuk anak-anak mereka kerana tidak tahu implikasinya. Allahul Musta'an ..

Namun cabaran yang lebih besar lagi adalah menjauhkan masyarakat daripada amalan-amalan ritual yang bukan dari ajaran syariat Islam... Ini lah cabaran yg paling hebat...

No comments:

Post a Comment