SUARAKAN YANG HAQ UNTUK MENEGAKKAN YANG HAQ! KERANA YANG ADA HANYALAH YANG HAQ SEMATA ....

September 6, 2015

Besi Sejuk

Ibn Mas'ud ~radiyallahuanhu ~ berkata; "Nyanyian menumbuhkan kemunafikan didalam hari sebagaimana hujan menumbuhkan rumput-rampai."

Uthman ~radiyallahuanhu ~ berkata; "Sejak aku ber-bai'at kepada Rasulullah sallallahu alaihi wa sallam, aku tidak pernah lagi berkhayal, bernyanyi dan menyentuh kemaluanku dengan tangan kanan." Sejak sa'at itu beliau tidak pernah bernyanyi dan beliau sangat bangga dengan tekad itu.

Dhahak berkata;n"Nyanyian dapat merusakkan hati dan dapat mengundang kemarahan Tuhan." 

Imam Malik berkata; "Nyanyian adalah perbuatan kaum fasik."

Imam Syafi'i berkata; "Taghbir (lantunan kepada Allah yang disertai dengan tarian) dibuat-buat oleh kalangan zindiq untuk menghalangi manusia dari membaca Al-Qur'an." 

Al-Baihaqi berkata, "Ada orang yang menyanyi dan mengambil nyanyian sebagai komodoti baginya dan dia menjadi masyhur dan dikenali."

Imam Ahmad berkata; "Taghbir adalah perbuatan bid'ah yang diada-adakan (muhdats). Nyanyian  itu dapat menumbuhkan kemunafikan didalam hati dan aku tidak menyukainya."

Abu Hanifah berkata; "Mendengar nyanyian adalah termasuk hal yang akan menyebabkan manusia diseksa."

Abdullah bin Daud berkata; "Aku berpendapat mereka yang melakukan Taghbir (nyanyian) harus dipukul." 

Ibnu Qayyim rahimahullah berkata 'ulama' yang membolehkan nyanyian terdiri dari 2 golongan;
1) Kerana mereka gemar terhadap perbuatan main-main [la'ib] dan perilaku sia-sia [lahw].
2) Kerana mereka menganggap nyanyian adalah sarana untuk mendekatkan diri dan beribadah kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala.

Hari ini hampir ramai manusia, kecuali sedikit sahaja yang hati nuraninya dijernihkan oleh cahaya imam, telah tenggelam dipukul badai musik dari semua penjuru. 

Ibn Qayyim mengatakan menyampaikan kebenaran kepada mereka ibarat memanggil orang dari tempat yang sangat jauh. Seperti BESI SEJUK yang sangat sukar dibentuk, nasihat apa pun disampaikan, tetap tidak akan dihiraukan. Mereka menolak kebenaran dan orang-orang yang mengikutinya. Mereka tidak lagi dapat mengenal kebaikan dan menyerah nafsunya kepada kebatilan, bergabung dan berkawan dengan golongan yang menyukai kebatilan. Mereka meremehkan para ulama pewaris Rasulullah sallallahu alaihi wasallam dan pengikutnya dengan hati dan lisan. Mereka minum dengan lahapnya daripada kebatilan dan kesesatan mereka.... 
Sumber bacaan: ~ Menyingkap Hukum Nyanyian~ Ibn Qayyim.

No comments:

Post a Comment