SUARAKAN YANG HAQ UNTUK MENEGAKKAN YANG HAQ! KERANA YANG ADA HANYALAH YANG HAQ SEMATA ....

October 31, 2015

Kelebihan Nabi Isa semasa dalam kandungan ibunya, Maryam.

Dikisahkan dalam Tafsir Ath-Thabari, ketika isteri Nabi Zakaria alaihissalam bertemu dengan Maryam, semasa kedua-dua mereka sedang hamil, isteri Nabi Zakaria berkata, 'Wahai Maryam, aku merasa telah hamil'." Maryam berkata, " Aku juga merasa telah hamil." Isteri Zakaria lalu berkata, "Sesungguhnya aku melihat bayi yang ada didalam kandunganku bersujud kepada bayi yang ada dalam kandunganmu."
Begitu juga dalam Tafsir Ibnu Katsir disebutkan isteri Zakaria merasakan bahwa jika ia menghadap Maryam, putera yang ada dalam kandungannya bersujud kepada putera yang ada didalam kandungan Maryam, dalam erti menghormati dan tunduk kepadanya. Kerana dalam millah mereka, sujud ketika mengucapkan salam adalah disyariatkan, sebagaimana sujudnya kedua orang tua dan saudara-saudara Yusuf, juga seperti perintah Allah Subhanahu wa Ta'ala kepada para Malaikat untuk sujud kepada Adam Alaihissalam.
Akan tetapi, hal ini telah diharamkan dalam agama Islam sebagai kesempurnaan atas keagungan kebesaran Allah Tabaraka wa Ta'ala ..
Namun hari ini ada segolongan orang yang bersujud sambil mencium kaki syaikh-syaikh mereka sebagai tanda hormat yang melampauan... 
Semoga Allah beri mereka hidayah dan taufik kepada cahaya Islam..
[Sila Lihat Tafsir Ibnu Katsir; surah Maryam ayat 22-23]

No comments:

Post a Comment