SUARAKAN YANG HAQ UNTUK MENEGAKKAN YANG HAQ! KERANA YANG ADA HANYALAH YANG HAQ SEMATA ....

October 2, 2015

Madu~pengobatan Nabawiyyah

"Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, didalamnya terdapat ubat yang menyembuhkan bagi manusia." [QS. An-Nahl: 69]

Dalam sebuah hadith yang diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim (Kitab ash-Shahiihain) dari Abu Sa'id al-Khudri, bahwasanya ada seseorang yang datang kapada Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam, lalu orang itu berkata, "Sesungguhnya saudaraku sakit perut." Maka beliau bersabda, "Berilah dia minum madu." Orang itu pun pergi dan beri sahabatnya minum madu. Dia pun datang lagi lalu berkata, "Ya, Rasulullah aku telah memberinya dia minum madu, tidak beraksi kecuali bertambah parah." Maka beliau berkata, "Pergi dan beri dia minum madu lagi." Orang itu pun pergi dan datang lagi sambil berkata, "Ya Rasulullah, dia semakin bertambah parah." Maka beliau bersabda,"Mahabenar Allah dan perut saudaramu yang berdusta. Pergi dan berilah dia minum madu." Dia pun pergi dan memberinya minum madu sehingga akhirnya saudaranya sembuh.~Lihat Tafsir Ibnu Katsir~

Ibnu Qayyim mengatakan, madu mempunyai kualiti pembersihan, melembutkan, menenangkan dan membersihkan organ-organ yang terlibat. Pada perut manusia terdapat endapan sisa-sisa makanan, dan meminum madu dapat mendorong sisa makanan yang sudah rosak itu keluar, fungsinya seperti memakan julap. Bahan septik akan perlahan-lahan dikeluarkan. MasyaAllah,  alQur'an telah menerangkannya 1436 tahun.
"Healing with the Medicine of the Prophet oleh Ibn Qayyim Al-Jauziyah"

No comments:

Post a Comment