SUARAKAN YANG HAQ UNTUK MENEGAKKAN YANG HAQ! KERANA YANG ADA HANYALAH YANG HAQ SEMATA ....

October 6, 2015

Teladan yang baik

Abdullah bin Mas'ud Rahimahullah berkata,
"Barangsiapa yang ingin mengambil teladan, maka jadikanlah para Sahabat Nabi sebagai teladan. Kerana mereka adalah orang-orang yang paling baik hatinya, paling dalam ilmunya, paling sedikit pembebanan diri, paling lurus dalam meniti hidayah, dan paling baik keadaannya. Mereka adalah sekelompok kaum yang telah Allah pilih untuk mendampingi Nabi shallallahu alaihi wa sallam.
Maka kenalilah keutamaan mereka, ikutilah atsar-atsar mereka kerana sesungguhnya mereka berada dalam petunjuk yang lurus."  (Jami' Bayanil 'ilmi wa Fadhlih no.1810, oleh Ibnu Abdil Barr)

Dari itu generasi Nabi dan para Sahabat beliau lah yang paling baik keagamaan mereka, tidak tercemar dengan peribadahan kebid'ahan, kesyirikan. Namun sangat disedihkan hari ini ramai orang-orang yang mengaku "Cinta Nabi" tapi mereka mengambil kefahaman agama mengikuti pendapat-pendapat, pemikiran selain Salaful Ummah yang Sholih....Allahul mustaan ..

No comments:

Post a Comment